Monday, March 15, 2010

Si Penjawat Awam

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.. lain macam je salam LHM kali ni, hahaha ;p sebenarnye harini pertama LHM melapor diri menjadi seorang penjawat awam yang bertugas di Johor Bahru.. gementar bercampur dengan teruja, maka terhasil sebuah perasaan yang begitu besar pada hari ni, ewah-ewah! tanpa melengahkan masa lagi LHM nak kongsi sedikit sedutan bersempena detik permulaan LHM sebagai seorang penjawat awam yang masih dipengaruhi kesan-kesan media tv3 hahaha ;p
maka dengan ini, LHM akan terus memperjuangkan negara dan nasib bangsa...ewah-ewah bukan main lagi menulis.. cuba buat tengok macam mana.. apa-apapun LHM sangat bebesar hati kerana diberi peluang yang LHM kira tak semua mampu merasakan seperti ini, akhirnya impian terlaksana, jadi kepada sipencari kerja di luar sana, silalah rajinkan diri memohon apa sahaja pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan mahupun sekadar tapak permulaan dalam memulakan sesebuah kerjaya.. syukur kepada Allah kerana dengan limpah rahmatNya LHM dapat kedudukan seperti yang dirasa sekarang, tak lupa juga terima kasih kepada mak dan abah, kepade abang-abang dan kakak semua... :'( ni dah masuk scene sedih.. kepada semua pensyarah, guru-guru sekolah dan semua rakan.. terima kasih kepada sanak saudara dan semua masyarakat yang secara tak langsung mendidik LHM untuk terus maju

No comments:

Post a Comment